My Life Story in Campus (USM 2002-2005)
Hari ini aku terdetik untuk menceritakan zaman ketika aku di kampus. Lebih kurang, 3 tahun aku meninggalkan zaman sebagai budak ‘undergrad’ yang aku rasa banyak kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Aku mula melangkah ke bumi USM pada 2002 setelah berjaya menamatkan pengajian matrikulasi Di Kolej Matrikulasi Melaka 01/02. Jurusan yang ku ambil adalah Sains Biologi (ntah pilihan yang ke berapa masa isi borang UPU =) ). Kesemua ahli keluargaku turut gembira menerima perkhabaran yang aku berjaya mendapat tawaran ke IPTA. Beberapa rakanku ketika di matrik turut mendapat tempat yang sama sepertiku iaitu Jamie, K.lini, Munirah dan yanglain aku dah x ingat daa..hehe.. So pada hari pertama aku mendaftar di USM, ada penggambaran filem Soalnya Siapa, arahan Habsah Hassan.
Afdlin Shauki sebagai hero versi x hensem dalam critenya manakala heroinnya Erra Fazira. Si Erra tu berlakon jadi student USM. Dah la berlakon kat School aku jadi budak Bio.Hehe..Sape2 yang pernah menonton crite Soalnya Siapa, ade la tunjuk lanskap2 di USM.hehe..terasa bangga la jugak.
Ok, berbalik semula kepada crite aku tadi. Aku ditempatkan di Desasiswa Fajar Bakti (sekarang ditukar kepada Bakti Permai). Aku dapat bilik untuk 3 orang. Sempitnya…katil atas lak tu. Sabar je la..Yela aku kanbaru 1st Year. Penghuni katil bawah aku, K.Shanti (student pendidikan, Indian dan merupakan ibu anak sorang). Baik kakak nie, selalu tolong wut assignment english aku hehe.. Ala ala kakak kan. hehe..Die nie cikgu tapi further study kt Pusat Pengajian Jarak Jauh. Aku ingat lagi, pagi-pagi kan die sembur spray rambut die. dah la aku dok katil atas. Terkena la sket tempias2 perfume rambut die tu..ayooyooo… Xpe la die baik kat aku. Sorang lagi roomate aku, kak ape tah aku x ingat name dia. haahh,namenye K.ana.Oghe klate,Bachok ulu banat nun! Die amik jurusan Sastera dan pendidikan. Kuat Tdo kakak nie. Selalu suh aku belikan nasi kat die. Kalo bawa puak2 die, mampus la aku xle tdo malam tu. Pastu ske pkai barang orang. Dasar malas! Kadang ok gak die tu bagi nasihat dengan loghat klate die tu. Dah dok Bachok.Puas aku nak faham kekadang tu. Satu hari tu, geng die datang la lepak2 kt bilik aku cam biase. Mase tu dah la musim exam. Esok pagi aku ade paper Biochem (tough paper tuh!). Diorang dok memekak malam2 bute tu sampai aku x le tdo. Aku dah xtahan, aku bangun trus aku tutup lampu bilik. Senyap trus..Gilo! Aku nak exam tau esok pagi, dok pehe-pehe gi. Banyak lagi la kes aku ngamuk kat akak tu.hehe.Garang gak aku nie dalam 1st year pun. Sekarang aku x tau ape crite diorang.
Kemudian, aku dapat kawan baru sebelah bilik je. Name dia Syida. Mek Klate gak. Lawa orangnya. Sekarang die menunggu hari untuk melahirkan anak sulungnya dan further master kat USM. Dia pun budak bio gak tapi jurusan Biologi Gunaan. Asal, Pasir Puteh. dulu die matrik di Kolej Mara Kota Bahru. Aku slalu melepak kat bilik Syida kalo aku dok bengang dengan K.Ana. Hari pertama minggu orientasi di Desasiswa kitaorang, aku berkenalan dengan Azie.Sekarang, Azie pun buat master di UTM, Skudai. Dia berasal dari Pahang, tapi menetap di KL. Ada rupe ‘Chinese’ bile 1st time aku jumpa Azie. Die memang peramah dan dulu belajar di KMPP. Kiteorang pun pegi mendaftar course kat Pusat Pengajian Sains Kajihayat bersama-sama. Kiteorang rapat masa 1st year je, kemudian terpisah ikut major masing2. Rakan aku si Jamie pun dapat course yang sama mcm aku.
Masa 1st year aku x rapat lagi dengan Zela, sahabat baikku sehingga kini. Die rapat dengan Azie & Azwa sebab diorang dari matrik yang sama (KMPP). Dalam gambar sebelah nie, kitaorang baru je nak rapat selepas dapat result sem satu hehehe…gi makan angin kat Bukit Bendera. Selepas tahun pertama pengajian, semua pelajar Biologi akan dikhaskan mengikut Major masing-masing. Aku mengambil major Biologi Tumbuhan atau Botani, sama dengan Zela, Jamie & Azwa. Azie & Syida dalam jurusan Bioteknologi. Kitaorang dah x satu kelas mcm dulu lagi. Sedih tu sedih gak tapi still can hang out together. Zela yang yang sedih sebab die minta course Mikrobilogi tapi x dapat. Xpe la, Botani pun best ape, boleh pergi ‘field work’, masuk hutan, belajar name2 saintifik pokok kat Malaysia & International. Puas gak aku pujuk dia. Lama-lama die boleh trime kenyataan. Payah tul anak Pak Shahbudin nie. 2nd year aku rapat dengan Jamie & Zela. Slalu makan & lepak sama2 kt library, cafe ke. Jamie memang aku dah kenal dari matrik melaka lagi. Jamie dah kerja di FAMA.
Yang si Zela nie pulak amat la peramah pastu banyak cakap. Dulu aku agak anti dengan minah nie. Bising tul & brutal plak tu. Tapi sekarang dah jadi best friend aku..hahahaha..ngutuk minah nie jap. Si Zela nie memang banya peminat. Muke die tu mcm budak darjah tiga. Payah tul nak jage minah nie. Ade satu mamat cine tu panggil die Bambi katun Disney tu. Klaka giler! Siap ade abang angkat & kakak angkat lagi. Ada lagi zaman angkat2 nie. Tak faham gak aku mase tu. Kini, Zela bekerja di Felda Agricultural Services Sdn Bhd sebagai Agronomi. Satu company dengan aku tapi deparment yang berlainan. Tak lama lagi akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Mei tahun nie (kate beliau la). Dan beliau membuat permintaan yang aku wajib jadi pengapit die. Yela yela..
Naik 3rd year, lagi la parah. Kena buat final project. Aku kena buat final project tentang Genetic Variation pokok akuatik yang nak pupus under supervised by Dr Ahmad Sofiman (alamak, dah la aku memang slalu tertdo dalam kelas die). Zela pulak buat bawah Dr Shaida pasal antimicrob. Jamie pulak buat bawah Pn Siti Nurdijati.
Memang letih gak dah tahun ketiga nie. Kena struggle teruk gak sebab final project merupakan 8 unit kredit/ jam. Masa 3rd year nie la aku mula dapat sakit gastrik sebab kadang-kadang (rasenye selalu hehehe..) aku skip lunch aku. Yela buat molecullar nye research. Kena grind daun tu sampai lumat dengan menggunakan mangkuk pijar beserta lesungnya. Jangan lupe liquid Nitrogen skali dalam ramuan tu. Patu nak kena masuk chemical tu chemical nie. Complicated gak proses pengekstrakan DNA pokok especially. Kemudian, kena follow step die. X bole tinggal camtu je. Abis ekstrak tu, kena simpan 2-3 hari dalam fridge. Then, kena run dalam Elektrophoresis lak nak tengok sama ada dapat band DNA atau x. Nasib kalo dapat, boleh la ke proses seterusnya. Kalo x dapat kena la grind lagi bagai nak rak. So far, aku ske gak buat kje nie.
Tahun ketiga, aku banyak spent masa dengan Zela sebab Lab die satu bangunan dengan lab aku. Habis buat kerja Lab kiteorang ske lepak kat Gerai-gerai makan di Tapak Pusat Racun (tempat terfeymes di USM) yang dibuka pada waktu malam sahaja. Tempat nie bese kiteorang panggil ‘Pusat Racun’ je. Kadang-Kadang kalo ade kuliah malam, habis je gi la melepak kat situ. hehe..Tanye je mane2 budak USM, pasal Pusat Racun, sure diorang cakap best, Tapi x tau la sekarang macam mane..
Akhirnya, setelah berhempas pulas selama 3 tahun pengajian aku di USM aku berjaya menamatkan pengajian aku dan memperolehi skrol di DTSP pada 10 Ogos 2005. Hari gembira itu turut ku kongsi bersama rakan-rakan yang lain. Ade gak tragedi daun pisang telah berlaku selepas Konvoksyen pada tahun tersebut. Gambar Konvo xde! Sedih tau..USM gi upah syarikat Putra Photo dari UKM yang merupakan syarikat bumiputra. Habis kena sabotaj dengan company cina masa tu. Yang jadi mangsa kiteorang yang konvo mase tu. Sabar je la. Penyudahnye , amik gambar kat Kedai Gambar depan USM jela.
Selepas selasai hari Konvokesyen, masing-masing mula membawa haluan masing-masing. Mula berjuang untuk mendapatkan pekerjaan yang merupakan cabaran selepas alam kampus. Semoga boleh berjumpa lagi selepas ini. Tak lupa pada rakan-rakan yang lain. Aku x dapat nak menyebut semua nama-nama yang aku kenal dan pernah sama berjuang semasa pengajian di USM. Aku abadikan segala memori dalam blog ini untuk tatapan bagi mereka yang mengenali diri aku ini. Ramai sahabat dan rakan-rakakn yang lain telah berkeluarga dan sibuk dengan kerjaya masing-masing dan ada yang menyambung master/phd di luar negara. Ai, Ct Aisyah Bukhari, Maria, Syida, Yati, Amir, Wan Zaki, Sally, KA, Ct Fatimah, Kamilah dan Hafiz sudah berumah tangga dan ada yang dah ada anak. Cepatnya masa berlalu. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Ade sesiapa yang sukerela nak jadi pengarah projek untuk Renion???hehee..
Sekian sahaja dari aku untuk kali ini. Aku mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru Cina’ sebab masa aku mengarang artikel ini, terdengar letupan mercun di sana sini. Dah raya cina rupenye.. Lepas nie aku nak crite pasal INSEP plak. Tunggu…..
Regards,
Mira Dewi





















November 1, 2009 at 7:34 pm
nk upah wat asgment gak..bleh ? serius ni..email me plis.
November 2, 2009 at 4:44 am
oo.. boleh juga tu.. tp kat mane tu sebab saya skrg di Bangi