Tag dari Ninie..

tagPeraturan tag ini ialah:

1. Salin Badge untuk diletakkan di blog anda.

 

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

Ninie: Dia merupakan rakan saya sejak di INSEP lagi. Dia juga merupakan housemate saya hehehe..Ninie dan family banyak membantu saya selama ini sejak saya merantau dari Perak.Sekarang, Ninie tengah gilekan Twilight.Mula-mula dia minat Edward Cullen, pastu switch ke bapa si Cullen tu..Sekarang dia kemaruk pada Jasper Cullen lak…Hai..siap surf kat Wikipedia psl mamat tu! Cari kat Youtube itu ini..Saya hanya mengelengkan kepala sahaja..hahahaa.. Apa-apa pun Ninie merupakan seorang sahabat yang baik dan saya rasa sangat bertuah dapat berkenalan dengan Ninie.

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.

1. Saya memang gila mengambil gambar. Kamera yang pertama dibeli oleh saya merupakan kamera digital jenama Olympus dengan wang PTPTN saya yang berharga Rm500. Ketika itu, saya macam sedih je nak kasi RM500 pada apek tu. Tapi tak pelah..dapat juga saya buat assignment dengan menggunakan kamera tersebut. Hayat kamera tu tak lame sangat. Dah rosak. So sekarang saya meminjam CyberShot Sony ayah saya, konon nak guna untuk buat research (semasa masih di FBC). 

2. Hobi yang kedua, saya amat gemar keluar berjalan-jalan dengan family dan rakan-rakan. Impian saya setelah memberi kereta, saya akan membawa kedua ibu bapa dan adik beradik saya makan angin di KL, Putrajaya dan banyak lagi tempat-tempat yang mereka belum berkesempatan untuk pergi.Kesian mereka..

3. Saya pernah jatuh ketika di tingkatan 2 semasa sedang bergotong royong membersihkan Dewan Makan asrama. Padam dengan muka saya nakal sangat. Lantai dewan makan tu licin. Sakit yang teramat sangat ketika itu, sehingga saya tidak mampu bangun lalu diangkat oleh Ketua Aspuri saya pada masa itu iaitu K.ain. Ramai yang menolong hehehe…Kesan dari kecederaan tersebut terasa sehungga sekarang. Sakit bukan kepalang ..tunggu masa nak gi Hospital je jumpe pakar. Bukan itu sahaja banyak lagi memori daun saya ketika di asrama. Saya pernah terseliuh pada pergelangan kaki saya ketika bermain getah (sibuk dengan persiapan menganjurkan Sukaneka asrama)semasa di tingakatn 5. Mula-mula, saya kena gelak dengan kawan-kawan saya, saya dah nangis bagai nak rak masa tu.Kemudian baru diaorang sedar yang saya memang sakit. Ape punya member gi gelak kat kawan yang sakit. Yela, saya tau saya nakal hehehe..(mase zaman sekolah) 

4. Rasanya ramai sahabat saya tahu yang saya sangat sukakan kucing..Huhuhuuu..Minat terhadap kucing ini rasanya turun dari arwah datuk saya iaitu Atuk Paip (panggilan manja dari cucu-cucunya) kerana rumah beliau memang penuh dengan kucing. Kami sangat suka datang ke rumah arwah. Emak saya juga penyayang terhadap kucing. Kami pernah membela kucing dan yang terakhir sekali ‘Messy’..waa..sedihnye..

5. Suka sangat tengok TV drama Jepun semenjak kecil. Saya memang menanam azam ingin pergi ke Jepun juga suatu hari nanti. Sehinggakan nak memohon sambung master ke Jepun.. Punya gila pada Jepun sehinggakan ID emel saya pun di’jepun’kan..hehe..tapi tu la kan bila tah nak pegi.. Si ninie dah nak pergi ke Jepun bulan 4 ni kerana pergi melawat abangnya di Jepun dan juga melihat anak saudara baru..Saya juga la yang menongkat dagu…ye xpe..nanti saya akan memijakkan kaki saya ke Jepun juga suatu hari nanti..Amin..

6. Dulu saya semasa darjah 1, saya ada 3 cita-cita iaitu                                             

a) Doktor (sama seperti cita-cita Ibu saya)                   

b) Saintis (kena buat research la tu)                               

c) Guru (last choice)               

 Maka, berdasarkan cita-cita yang pertama, saya berjaya ditempatkan di kelas science stream (4 Sc1) iaitu ada subjek Biologi…ngeeee.. SPM 2000 pun boleh tahan la keputusan saya. Saya pun berjaya ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Melaka pada tahun 2001, dalam aliran Sains Kajihayat. Bermula dari Matrikulasi, saya sedar di mana kemampuan saya untuk menjadi seorang Doktor. Semasa nak isi borang UPU pun saya buntu nak pilih ‘course’ di IPTA nanti. Akhirnya saya ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam bidang Sains Biologi. Jadi la..masih dapat membanggakan ibu bapa saya lagi. Sepanjang 3 tahun belajar di USM, saya rasa xdapat jadi Doktor perubatan pun boleh juga jadi Dr juga. Tapi kena ada Phd la..Nampaknya, laluan hidup saya mengarahkan ke cita-cita kedua iaitu Saintis/ Penyelidik.. Selama beberapa tahun saya terlibat dalam bidang ini, dan sehingga saya ditawarkan bekerja di Felda Biotechnology Centre (FBC) sebagai Ahli Bioteknologi. Walaupun tiada berkesempatan untuk menyambung pelajaran tetapi masih juga terlibat dalam bidang penyelidikan. Di sini saya terlibat dalam Unit pengeluaran anak klon sawit kerana aktiviti utama FBC adalah pengeluaran anak tisu klon sawit dengan menggunakan kaedah tisu kultur kelapa sawit. Selama hampir setahun saya di FBC, baru saya sedar yang minat saya semakin hilang terhadap bidang penyelidikan. Saya sendiri tidak faham kenapa.. Adakah saya tidak minat penyelidikan terhadap kelapa sawit? Saya lebih cenderung kepada herba berbanding kelapa sawit kot..hehehe.. Maka, cita-cita kedua tu saya hold dahulu la.. Pergi ke cita-cita terakhir, iaitu Guru… Jangan lupa isi borang DPLI dan KPLI hehehe..sambil-sambil tu tetap berkeinginan kerja di Putrajaya..Amin…

 7. Hobi yang lain pula, memasak! boleh memasak apa sahaja.. Cuma belum lagi mencuba membuat kuih raya dan kek hehe..Kalau ketiga cita-cita tu tidak menjadi realiti, saya boleh je jual nasi lemak di tepi-tepi jalan tau.. Tengah terfikir nie..Berniaga la pun boleh tahan gak..hehehe..tengok dulu macam mana..

8. Banyak pengalaman hidup yang banyak menjadikan diri saya sekarang…Saya sedang berusaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga saya sebab saya juga bukan anak orang senang dan tidak selalu bernasib baik. Saya bermula dari bawah sehingga ke tahap sekarang dan masih juga mencari apa yang saya tercari-cari selama ini. Tetapi saya bersyukur yang keluarga saya masih menyokong saya tanpa jemu.. Bagi saya keluarga saya adalah segala-galanya dan saya sanggup membuat apa sahaja demi kebahagiaan ibu bapa saya…dan adik-adik saya..

9. Sikap saya yang tak boleh nak ubah, suka menyakat orang kuang3!!! Jangan mare..termasuk kucing saya pun disakat oleh saya huhuuuu..Ninie jangan cakap la hari-hari saya sakat die..heheheeee

10. Saya juga jenis yang selalu memendam perasaan sama seperti kedua ibu bapa saya. Kalau saya ada masalah sekalipun, saya cuba selesaikan masalah tanpa meminta pertolongan sesiapa. Saya tak mahu menyusahkan orang sebenarnya..Dari kecil saya diasuh oleh ibu bapa saya supaya berdikari dan jangan menyusahkan orang lain. Jika terlalu banyak memendam pun parah juga..Saya hanya akan menceritakan masalah saya pada seseorang yang saya percaya sahaja.

4. Tag siapa pula:

Sesiapa yang berminat.. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.