Berbicara Mengenai Jodoh..

Mencari erti kehidupan..

Mencari erti kehidupan..

Baru semalam aku berbicara dengan seorang sahabatku di ruangan sembang yahoo. Dia bertanyakan khabarku. Aku pun sudah agak lama tidak berbual dengan dia. Tatkala rancak berbual, hatiku tercuit pabila sahabatku mula berbicara denganku soal jodoh.

Sepi ……

Memandangkan aku sendiri selalu mengelak setiap kali sahabatku mulakan bicaranya iaitu J.O.D.O.H.. Ramai di kalangan sahabat yang lain telah pun berumah tangga. Cuma aku yang masih solo. Bagiku belum sampai masanya lagi.. Iainya seolah-olah aku perlu berusaha untuk memperbaiki diri aku yang masih tercari-cari erti kehidupan..Memandangkan diri ini banyak kekurangan..

Seperti yang ku baca dari blog ini, jodoh umpama menanti jambatan untuk ke seberang..  Ada orang jodohnye cepat disebabkan jambatannya singkat. Usia 26 tahun masih belum terlewat..begitu juga jika berusia 35 tahun..Ya. Jodoh juga tidak mengira pangkat dan juga usia. Lambat bertemu jodoh tidak bermakna kita terlalu memilih..Biar lambat jodoh asalkan diketemukan jodoh dgn Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak bertanggungjawab. Jika masih belum bersedia untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dahulu.. Besar tanggungjawab seorang isteri jika mengikut sunnah yang betul…Melihat akan diri ini, masih tidak mampu untuk berumah tangga hendaknya. Jika termaktub dalam suratan perjalanan hidupku di tahun ini bahawa sudah sampai masanya aku menamatkan zaman bujangku maka aku redha dengan apa yang tersurat..

Dan aku juga masih belum cukup ilmu untuk menjadi seorang ibu..Contohku senang sahaja, lihat sendiri ibu anda masing-masing. Beliau juga seorang isteri dan seorang ibu pada masa yang sama. Ibuku berkahwin di usia yang masih muda dalam 21 tahun. Ketika aku berumur 21 tahun, aku masih di universiti dan masih tidak mengerti apa itu perkahwinan…hehehe.. Disebabkan perbezaan zaman, mungkin umur sedemikian sudah dianggap terlalu lewat untuk berkahwin. (Nasib baik aku dilahirkan dalam zaman ini hee..) Pokok pangkalnya, ibuku sudah bersedia untuk menjadi isteri walaupun tempoh perkenalan kedua ibu bapaku masih awal dan hanya berutus surat sahaja. Tiada istilah dating-dating seperti pasangan zaman sekarang. Bercinta bagai hendak rak, berjanji setia untuk hidup bersama dan sebagainya yang aku  kurang pasti lagi istilah lain. Tapi akhirnya karam di tengah lautan..maksudnye ‘clash’ la..haha..erm..tiada jodoh..

Berbalik kepada cerita kedua orang tuaku, ini dikatakan jodoh. Sehingga sekarang masih lagi melayari bahtera perkahwinan mereka dan melahirkan serta membesarkan anak-anak yang comel ( hehe) tanpa mengeluh sedikit pun. Aku terfikir sejenak, mampu kah aku dan bakal suami nanti.. yang ini to be continued..

Seorang sahabat pernah berkata;

Perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, dan sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus..

Ramai yang menempah neraka sebaik sahaja melangkah ke alam perkahwinana tatkala gagal mengikut tuntutan sunnah yang betul. Isteri derhaka pada suami, hukumnya berdosa besar. Si Suami pula menanggung dosa si Isteri.

Hakikatnya, selain tuntutan agama, banyak juga tanggungjawab yang dipikul sama ada si suami dan si isteri. Jika gagal dilaksanakan dengan betul, tidak kah kita sendiri membina dosa seterusnya menempah jambatan ke neraka?Marilah kita berfikir…

Jika tidak ada kesabaran dalam mengharungi rumah tangga yang penuh pancaroba, cari dulu kesabaran itu. Semasa bercinta memang indah-indah belaka. Jika sudah masuk ke alam perkahwinan, ketika itu baru kita kenal siapa pasangan kita dan cuba beradaptasi dengan karenah dan tingkah laku pasangan kita. Secara realitinya, ramai yang sebenarnya masih tidak bersedia namun telah karam di laut dan tidak dapat berpaut lagi tatkala mendaki naik.

 

Petikan dari blog yang sedikit mencuit hatiku;

 

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

 

 

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita sendiri membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

 

Kepada sahabatku, usah risau akan keadaan diriku. Aku masih tegar dalam mengharungi cabaran hidup. Dan kesusahan yang aku lalui kini membuatkan aku jadi semakin kuat dan bersemangat untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Aku tahu kau sangat perihatin dan menyayangi diriku. Usah risau lagi sahabat..

 

Kata yang kupetik dari seorang kakak yang betul-betul baik terhadapku. Kata-kata ini memberi semangat kepadaku tatkala bersedih akan nasibku ketika itu…

Ingatlah manusia biasa tak akan adil dalam menilai kebolehan dan keringat kita..Yang penting, Allah itu Maha Adil. Dia lebih tahu di mana tempat terbaik untuk kita. Walaupun kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak, selalu ingtkan yang Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita…

 

Terima kasih Kak Bahiyah..Semoga akak tabah mengharungi kehidupan semasa ketiadaan saya di sana. Saya tahu yang akak mampu lakukannya dengan bantuan K.Fidah. (dua orang kakak yang baik denganku ketika di FBC).

 

Aku juga sentiasa mengingatkan diri agar dipermudahkan jalan dan bertemu dengan apa yang kucari selama ini. Semoga aku tidak akan lupa akan tanggungjawabku untuk insan-insan sekelilingku. Dan, sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil terhadap hamba-hamba-Nya..Amin..

 

 

 

Entry kali ini, khas untuk wanita-wanita yang masih belum bertemu jodohnya dan masih mencari..Entry kali ini juga menjelaskan akan pendirian aku bila berbicara soal jodoh..Sebenarnya aku mahu tapi pada masa yang sama tidak..hanya aku sendiri sahaja yang boleh menghuraikan pernyataanku sebentar tadi. Sekian~~ 

 

     *********************************************************************

 

Advertisement

4 Responses to “Berbicara Mengenai Jodoh..”

  1. salams. waa~ seperti ku kenal lelaki YM itu, tapi dimana ya>?..:D

  2. miradewi1003 Says:

    w’slm…heee..bukan pali je ade lagi kwn2 akak yg dok tnyehal yg same..best tkr2 pndpt dgn pali..ngee..

  3. akak..
    saya suka apa yg akak tulis dlm entry nie..
    kebelakangan nie agak sibuk..xde masa nk komen sume blog2 org yg mai syg… (wpun mai bru jumpa k.mira skali je tp mai syg akak sbb akak baik ngan k.dian) =)
    moga2 akak dan kak dian dapat jodoh yg baik2 belaka..
    AMIN~
    sama la kita…
    tgh menunggu ja… cepat atau lambat… heee =)
    all the best ya sis? mwahhxxx~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.