Berani Berubah ???
Intro:
Entry hari nie, aku nk bercerita sedikit pasal politik Malaysia sekarang. Tibe2 je nk cite hal politik. Aku bukan amik, Sains Politik atau fanatik politik yang sampai baring atas jalan dan sebagainya. Aku juga bukan ahli Umno ke atau PAS dan juga bukan ahli PKR. Aku hanya lah rakyat biasa yang sentiasa memerhatikan gelagat-gelagat orang politik. Bila KJ jd Ketua Pemuda, buat aku betul2 marah.Aku sedih dan letih melihat senario politik negara kita. Sejak Tun Mahahir bersara, politik Malaysia seakan-akan lesu terutama parti melayu BN, Umno. Pada penggal pertama Pak Lah menjadi PM, keputusan PRU 11 menunjukkan BN menang majoriti dan negeri Terengganu berjaya dirampas semula oleh BN setelah agak lame di bawah pemerintahan PAS. Dah menang majoriti, target PRU12 nie nak rampas Kelantan plak. Besar sungguh cite2 Pak Lah nie. Aku senyum je la..Pak Lah Pak Lah… Hai atuk aku nie..Akhirnya, keputusan PRU 12 seakan dilanda tsunami. 4 negeri licin dirampas oleh pembangkang. 2 dari 4 negeri tersebut iaitu Selangor dan P.Pinang merupakan negeri terkaya di Malaysia ( negeri Pak Lah – P.Pinang) jatuh ke tangan Pembangkang. Tepuk dahi la Pak Lah dan konco-konconya. Apa dah jadi nie?? [ Lagu Dato\' SM Salim] Nape negeri aku pn same waahhh!! (Negeri Perak merupakan negeri kelahiran penulis). Sebenarnya rakyat lah berkuasa menentukan siapa pemerintah. Amik ko! Rakyat banyak tak berpuas hati dengan kerajaan maka semasa PRU 12 menjadi medan untuk memberi amaran kepada PAk Lah dan konco-konconya..Don\’t play2 with us!! Komen Pak Lah selepas PRU12; Bahawasanya semua wakil rakyat seharusnya turun padang bersama rakyat… Turun padang je la point Atuk nie. Beliau x faham mesej rakyat atau buat2 x tau. Berdasarkan PRU12 juga, ramai pembangkang di dalam dewan parlimen. Ramai suruh Pak Lah resign. Kalo kat Jepun la kan, dah lame dah PM tu resign sebab rase bertanggungjawab terhadap kekalahan pilihanraya kat sane. Kat Malaysia, erm.. bagi peluang lagi. Konon belum tunjuk skill lagi. Kalo keje swasta la kan, performance ko x bagus dah kene terminate la. Sebab performance x bagus la rakyat suruh Pak Lah berundur.Dah lame rakyat bagi peluang. Tambah dengan isu menantu beliau yang aku rase ramai rakyat x suke. Hai..letih..
Perhimpunan Agung UMNO 2009:
29 Mac 2009, berakhir sudah satu perhimpunan agong bagi parti melayu tersohor di Malaysia, iaitu Perhimpunan Agong UMNO 2009. Ramai yang turut mengikuti perkembangan semasa ketika perhimpunan berlangsung. Hujah-hujah pembahas pun boleh tahan. Tapi xde la aku nk ikut semua bahas-bahas setiap perwakilan negeri. Tido la jawabnye. Rata-ratanya pembahas perwakilan mengingatkan pihak tertinggi UMNO supaya mendengar dahulu pendapat dari akar umbi. Pendapat atau pandangan akar umbi juga umpama suara rakyat yang sangat berkuasa. Maka komunikasi dengan semua rakyat (bukan la maksud nak kene jenguk setiap rakyat kat M\’sia nie – mampus la YB) bukan setakat perwakilan sahaja itu sangat penting yang mana rakyat sekarang semakin bijak menilai yang baik serta yang mana buruk. Bagi yang terlibat dengan politik wang, xble bertanding dalam PAO nie. Kire adil la la Dato\’ Ali Rustam tu kene banned. Tapi yang membuat ramai tidak berpuas hati nie, si KJ anak menantu kesayangan Pak Lah nie terlepas dan hanya diberi amaran. Sudah terang lagi bersuluh KJ didapati bersalah membeli undi. Lantas diangkat menjadi Ketua Pemuda UMNO! Ape nak jadi nie?? 304 perwakilan yang mengundi KJ..umpama menghalalkan rasuah di politik Malaysia. Ape gune kempen Pak Lah nak banteras rasuah??Hai.. Sadis…
Ramai resah jika KJ dilantik dalam kabinet Najib (alamat x baik la PRU 13). Aku berdoa moga Najib bijak menentukan siapa dalam kabinet beliau. Musykil sedikit, al maklum la buta ilmu politik, kalo PM resign so kabinet die pn kene rombak jugak ke?? Maybe ade sesiape yang sudi berkongsi ilmu dgn saya. Apa yang pasti aku menyokong Datuk Seri Muhyidin Yassin jadi Timbalan Presiden UMNO. Beliau sememangnya layak menyandang jawatan tersebut jika berbanding dengan Muhamad Taib. Gabungan Najib dan Muhyidin memang padan dan bijak. Dua-dua merupakan protege Tun Mahathir. Setelah Najib sah dinaik sebagai Presiden UMNO ke 7, dengan secara automatiknya Tun Mahathir masuk UMNO. Yela Pak Lah tidak lagi berkuasa selepas ini. Bukan harapan aku seorang tapi harapan rseluruh rakyat Malaysia amnya orang melayu, dengan revolusi yang melanda PAO 2009 (walaupun aku x suka KJ menang) maka UMNO akan bangkit dan melakukan strategi baru dengan pemimpin baru yang bijak (kecuali KJ) dan bersama-sama menggembeling dengan semua para cendiakawan politik. Berani berubah tidak bermakna dengan kata-kata tetapi dengan tindakan. Hapuskan rasuah!Kembalikan keyakinan orang melayu terhadap UMNO. Rakyat sesekali tidak membenci UMNO tapi membenci sesetengah pemerintah yang korup dan tidak amanah yang lupe akan tanggungjwab terhadap rakyat jelata. Tiada UMNO siapa lah orang melayu sekarang. Sekian..
April 2, 2009 at 10:59 am
hidup ini ibarat roda. kena sedar ada masa diatas dan ada masa dibawah.. masalah kini, masih tak sedar-sedar roda itu berpusing. masih menganggap sentiasa ada di atas.
Roda itu berpusing, bermakna ada pergerakan berlaku, samada kehadapan @ kebelakang. Bagi yang sentiasa inginkan statik beradandiatas, diri itu kurang ada kemajuan kehadapan sebenarnya.
kak mira,
mengucap takbir sambil menghunus keris, Buleh??