Sepi seketika
Tanggal 1hb Julai 2009… Separuh tahun telah berlalu..
Sudah agak lama tidak mencoret.. agak rugi pula rasanya tidak mencoretkan segala yang berlaku dalam beberapa bulan sebelum ini. Ketika entry ini dicoret, aku sedang berdebar-debar menunggu saat PAC yang bakal ku hadapi..
Malam ini ibu bapaku akan datang dari Perak dan esoknya kami akan berangkat ke INTIM Terengganu kerana PAC kali ini, aku ditempatkan di sana.
Apa pun jua yang berlaku sebelum ini, aku masih seperti dahulu.. mencari dan mencari sesuatu yang bermakna dalam kehidupan akan datang..
Kini, aku akan kembali aktif mencoret dan mencoret agar tidak terlepas menceritakan serta berkongsi apa jua yang berlaku dalam kehidupan seharian kita..
Jumpa lagi.. =)
